Sinopsis Ebook DOCTORATE PATHWAY MAP ialah panduan ringkas dan praktikal yang direka khas untuk individu yang mempunyai aspirasi untuk mencapai gelaran “Dr.” melalui laluan akademik, profesional, penyelidikan, RPL/VAE, eksekutif, dalam talian serta laluan penghormatan. Ebook ini menerangkan pelbagai laluan kedoktoran secara mudah supaya pembaca dapat mengenali pilihan, memahami perbezaan, menilai syarat dan merancang laluan pengajian berdasarkan latar belakang, pengalaman, kemampuan serta matlamat masing-masing. Antara perkara yang dibincangkan ialah PhD/Doctorate akademik, DBA dan doktorat profesional, laluan RPL/VAE, doktorat berasaskan penyelidikan dan penerbitan, Executive Doctorate, program online/distance learning serta Honorary Doctorate. Matlamat utama ebook ini adalah untuk membantu masyarakat mengelakkan kekeliruan antara pelbagai jenis doktorat, khususnya dari segi kaedah memperoleh kelayakan, proses pengajian, bentuk penilaian dan sifat pengiktirafannya.